Berikut ialah senarai 15 hujah dan bukti
bahawa DAP sememangnya menentang Islam dan kedudukan istimewa
Melayu-Bumiputera, juga kepentingan berkaitan Bahasa Melayu dan Raja-raja
Melayu yang menjadi tonggak utama Perlembagaan Malaysia. Malah, DAP sudah cukup
masyhur terkenal dengan kelantangan celupar dan biadab, memperlekeh,
mempertikai, memprovokasi serta campur tangan terhadap hal ehwal, institusi dan
tokoh Islam juga.
1.
Mufti Pahang, Dato’ Seri Dr Abdul Rahman Osman, sewaktu mempertahankan
kandungan khutbah Aidil Adha yang dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Pahang yang
menyebut mengenai campur tangan DAP terhadap hal ehwal Islam seperti
pelaksanaan hudud di Kelantan. Malah, tokoh DAP, Karpal Singh cukup terkenal
dengan kata-katanya, “an Islamic state over my dead body”.
2.
Perlembagaan DAP jelas menyebut dalam Perkara 2 Matlamat-matlamat DAP
adalah untuk “mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada
rangka kerja ‘sekular’ yang asal”.
3.
Perkara 3(1) Perlembagaan Malaysia menyebut bahawa “Islam ialah agama
bagi Persekutuan”. Namun, dalam Perlembagaan DAP pada Perkara 3
Matlamat-matlamat DAP hanya menyatakan "mengiktiraf kebebasan beragama
sebagai hak asasi yang merangkumi kebebasan pelbagai agama”.
4.
Sheikh Omar Ali, Pegawai Khas Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, pada
8 September 2015 menulis, “Bagi DAP, urusan beragama adalah bersabit seorang
hamba dengan Tuhannya”. Pegangan DAP yang membataskan urusan beragama kepada soal
peribadi ini bercanggah dengan definisi Islam, iaitu satu cara hidup.
5.
Penentangan DAP terhadap cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (RUU
355) dengan pelbagai alasan. Sedangkan ia sekadar mahu meningkatkan kadar
hukuman yang boleh dikenakan ke atas penganut Islam atas kesalahan syariah
sahaja.
6.
DAP juga memiliki rekod membentak dan ingkar kepada Raja-raja Melayu.
Antaranya mengenai isu pelantikan Menteri Besar Perak apabila Lim Kit Siang
yang menyeru agar Adun DAP memboikot upacara mengangkat sumpah kerana tidak
setuju perkenan Almarhum Sultan Azlan Shah yang melantik Adun PAS sebagai
Menteri Besar pada 2008. DAP juga mengundang murka Sultan Selangor, Sultan
Sharafuddin Idris Shah pada 2014 apabila enggan mengemukakan lebih daripada dua
nama untuk calon Menteri Besar Selangor susulan Langkah Kajang. Ini tidak
termasuk banyaknya lagi celupar pro-DAP terhadap institusi Istana.
7.
Lim Kit Siang menuduh khutbah Jumaat disediakan JAKIM sebagai
menyebarkan kebencian dan mencabar usaha ke arah keharmonian. Pengerusi Wanita
DAP, Chong Eng pula mengkritik khutbah Jumaat berkait kewajipan wanita Muslim
menutup aurat. Timbalan Setiausaha Agung DAP, Dr P Ramasamy pula pernah
menggelar pendakwah Islam, Dr Zakir Naik sebagai ‘syaitan’.
8.
Dalam isu laungan azan dan bacaan ayat al-Qur’an, Dr Tan Seng Giaw telah
mempersoalkan di Dewan Rakyat pada 27 September 2005 keperluan melaungkan azan
dan bacaan ayat al-Qur’an melalui pembesar suara yang dikatakan mengganggu
penganut bukan Islam, terutama pada waktu Subuh, antara disebut beliau,
"bahkan juga 1500 tahun yang lampau mana ada pembesar suara?”
9.
Dalam isu solat hajat, Teresa Kok mempersoalkan dalam ‘Facebook’ beliau
pada 22 Julai 2016 kewajaran Ahli EXCO Hal Ehwal Agama Selangor dari PAS, Dato’
Dr Ahmad Yunus Hairi, mengarahkan agar semua masjid di seluruh negeri
mengadakan solat hajat untuk memohon ke hadrat Allah agar konsert Selena Gomez
di Stadium Melawati, Shah Alam pada 25 Julai dibatalkan.
10.
Dalam isu umrah di Makkah, pemimpin DAP Melaka, Damian Yeo Shen Li,
mempersoalkan sama ada dosa penganut Islam terhapus bila menjejakkan kaki ke
Makkah. Sindiran sama juga telah disuarakan oleh pemimpin DAP Johor, Suppiah
Ramakrishnan, dalam muka buku beliau pada Mac 2016 walaupun ia kemudiannya
dipadamkan.
11.
Dalam isu aurat, Nga Kor Ming telah menyindir purdah yang dipakai oleh
sebahagian wanita Islam sambil menyifatkan seorang pemimpin Umno Pulau Pinang,
Datuk Ahmad Darus, yang mencadangkan dalam Perhimpunan Agung Umno 2015 supaya
pramugari MAS memakai pakaian yang menutup aurat sebagai "pemimpin Melayu
otak cacat".
12.
Dalam isu murtad, Dato’ Ngeh Koo Ham telah mengeluarkan kenyataan pada 7
Jun 2014, yang diikuti ucapan sama di Dewan Rakyat pada 11 Jun 2014, supaya
umat Islam diberikan kebebasan untuk keluar dari Islam. Kata beliau, umat Islam
mestilah menerima hakikat bahawa jika seseorang Islam atas kehendaknya sendiri
mahu keluar dari Islam dia mestilah dibenarkan berbuat demikian.
13.
Pemisahan DAP dari semua pakatan politik yang pernah disertainya, iaitu
Gagasan Rakyat pada Januari 1995, Barisan Alternatif pada September 2001 dan
Pakatan Rakyat pada Jun 2015 kesemuanya berpunca dari ketidaksetujuannya
terhadap perjuangan Islam PAS.
14.
Deklarasi Setapak DAP menyatakan, “kesamarataan etnik harus menjadi
prinsip paling penting, dan di atas prinsip inilah pengasingan rakyat ke dalam
dua kelompok ‘Bumiputera’ dan ‘bukan Bumiputera’ ditentang”.
15.
Kuat menyuarakan supaya konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan
Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) diratifikasi.
Oleh:
YB USTAZ HISHAMUDDIN ABDUL KARIM
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor