MALAYSIA TODAY 21.12.2018: Blogger Raja Petra mendakwa “Pihak polis sudah pun
mengetahui bagaimana ianya berlaku kerana mereka menerima laporan dari anggota
bomba lain, yang juga berada di tempat kejadian. Kesemua mereka mengesahkan
bahawa Adib diseret keluar dari jentera bomba dan dipukul oleh sekumpulan
India. Para saksi telah pun mengenal pasti penyerang-penyerang yang terlibat.”
Raja Petra yang menulis dalam blog Malaysia Today mendakwa “Persoalan
yang ditanya oleh pihak bomba adalah, siapa yang menjadi dalang untuk menutup
kes pembunuhan Adib dan mengapa pihak yang bersalah diberikan masa untuk mereka
melarikan diri dari negara dan bersembunyi? Dan juga, mengapa laporan bedah
siasat mengabaikan kenyataan dari saksi yang membuat laporan polis mengenai
“punca kematian”?
“Keempat suspek itu harus ditangkap semula dan tuduhan
terhadap mereka perlu dipinda daripada cubaan membunuh (S.307) ke membunuh
(S.302) dan jaminan mereka juga patut dibatalkan kerana tidak ada jaminan untuk
sesiapa yang didakwa dibawah “capital offence”.kata Raja Petra Kamarudin
Sementara itu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk
Seri Jamil Khir Baharom, berkata Kerajaan perlu mengikut kehendak rakyat yang
mahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy, meletak jawatan
susulan rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, bulan lalu,
yang mengorbankan nyawa seorang anggota bomba.
Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata kerajaan harus
membuktikan perpaduan dalam negara kukuh menerusi tindakan dan bukannya dalam
bentuk ucapan semata-mata.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor