Pages

Sunday, November 25, 2018

ULAMA PAS SETUJU PERLU KERJASAMA UMNO LAWAN PH



Ulama PAS Setuju Perlu Kerjasama UMNO Lawan PH


SEPAKAT… Kerjasama politik atau pembentukan gabungan antara PAS dengan UMNO bagi hadapi kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 kelak memang perlu.

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, langkah tersebut sememangnya menjadi keperluan bagi menentang pentadbiran PH yang dilihat sudah melampaui batas terutama dalam melibatkan isu Islam.

Bagaimanapun kata beliau, pada masa ini, belum ada lagi sebarang hubungan rasmi antara kedua-dua parti tersebut sebaliknya mereka hanya kerjasama dalam beberapa isu berkaitan kepentingan orang Melayu dan Islam.

“Seperti kata presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang), tidak perlu lagi tergesa-gesa (hubungan rasmi) kerana pilihan raya masih jauh lagi. Tetapi jalan ke arah itu memang ada,” kata Mahfodz dalam nada penuh yakin.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS dan Himpunan Jentera Pilihan Raya PAS Perlis di di markas gerakan parti berkenaan di Arau, semalam.

Terdahulu, ketika sesi soal jawab dalam program tersebut, terdapat seorang peserta yang bertanyakan beliau dengan soalan mengenai proses pembahagian kerusi antara PAS dan UMNO menjelang PRU akan datang.

Ini jika berlaku kedua-dua parti terbesar orang Melayu itu bersatu. Ketika menjawab soalan itu, Mahfodz berkata, perkara tersebut akan diteliti kemudian dan menyifatkan ia bukan sebagai masalah.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor