Pages

Sunday, November 25, 2018

ISU ICERD: SIAPA MULAKAN DAHULU?



Isu ICERD: Mahathir Mulakan Dahulu Di UNGA


Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, segala kemelut penentangan terhadap ICERD sehingga memperlihatkan demonstrasi demi demonstrasi dilakukan di seluruh negara bukan dimulakan oleh UMNO dan Pas, sebaliknya oleh kerajaan itu sendiri.


Menurut beliau, Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad ketika berucap di United Nation General Assembly (UNGA) sendiri telah menyebut di dalam ucapannya bahawa kerajaan Malaysia bersedia untuk meratifikasikan ICERD di dalam perhimpunan antarabangsa tersebut.

“Bukan UMNO mulakan, bukan Pas mulakan. Tetapi wakil negara sendiri ketika berucap di UNGA menyebut mahu meratifikasikan ICERD.

“Kalau selama 61 tahun keharmonian negara boleh dipertahankan, kenapa perlu membakar minyak yang sebelum ini tidak ada sumbunya untuk dibakar,” tegas beliau.

Sebelum ini, terdapat beberapa dakwaan daripada pihak tertentu yang mengatakan kononnya bahawa UMNO dan Pas sengaja menggunakan isu ICERD ini untuk mencetuskan ketegangan kaum di negara ini.

Tindakan kerajaan yang mahu meratifikasikan ICERD melalui kenyataan Menteri Perpaduan, Waythamoorthi telah mendapat tentangan dan bantahan yang hebat daripada rakyat, khusus orang Melayu di negara ini.

Beberapa siri demostrasi telah diadakan di seluruh Malaysia oleh UMNO dan Pas serta orang-orang Melayu bagi membantah usaha kerajaan untuk meratifikasikan perjanjian antarabngsa tersebut.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor