Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, BN Negeri menerima keputusan Mahkamah Pilihanraya mengenai Parlimen Cameron Highlands dengan hati terbuka.
“Sungguhpun terkejut dengan keputusan ini tetapi saya dan rakan-rakan dalam BN menerimanya dengan hati yang terbuka,” kata Dato’ Sri Wan Rosdy dalam kenyataan media petang ini.
Sungguhpun begitu beliau yang juga Pengerusi, Badan Perhubungan UMNO Negeri percaya, Ahli Parlimen yang terbabit akan membuat rayuan terhadap keputusan oleh Mahkamah Pilihanraya tersebut.
Dalam pada itu katanya, beliau akan segera memanggil mesyuarat khas BN Negeri bagi membincangkan perkara itu, serta tentang persiapan yang perlu dilakukan untuk menghadapi Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen kawasan ini kelak.
Menurut Dato’ Sri Wan Rosdy, beliau percaya bahawa BN di negeri ini masih kukuh yang dengan itu akan mampu digerakkan secara berkesan bagi menghadapi PRK tersebut.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor