Pages

Monday, November 12, 2018

[LIPIS] MB PAHANG LAWAT MANGSA BANJIR


MB Pahang lawat mangsa banjir



Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail menziarahi mangsa banjir kilat di pusat pemindahan banjir Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Kulit, Kuala Lipis, semalam tadi.

Mereka terpaksa dipindahkan ke pusat tersebut akibat banjir yang melanda kampung mereka awal pagi semalam.

Selain menziarahi serta beramah mesra dengan mangsa, Wan Rosdy turut meninjau keperluan yang disediakan agar kebajikan mangsa terus terpelihara.

Sementara itu, di pusat pemindahan SK Ulu Atuk, seramai 107 mangsa termasuk dua bayi dari Kampung Ulu Atok ditempatkan di sana akibat bencana yang sama.

"Mengambil kesempatan ini, saya menasihati orang ramai terutama rakyat Pahang supaya lebih berwaspada dan meningkatkan keselamatan berikutan cuaca yang tidak menentu sekarang.

"Semoga ALLAH SWT melindungi kita dan menjauhkan negeri Pahang daripada bala bencana, Na'uzubillah," katanya menerusi Facebook beliau, semalam.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor