Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti agar tidak menebuk kapal sendiri sebaliknya bersama-sama terus bangkit dalam usaha membela rakyat khususnya penekanan kepada janji-janji yang tidak ditunaikan oleh kerajaan hari ini.
Mengambil contoh belanjawan baru-baru ini yang dilihat tidak menepati kumpulan sasaran dan segala janji lain yang ditawarkan termasuklah kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinngi Nasional (PTPTN), beliau berkata rakyat tentunya akan bangkit menuntut janji berkenaan.
“Kita kena pastikan kita kuat, kita kena pastikan parti diperkukuh, kita kena bersatu padu, pastikan kapal kita tiang layarnya tidak dipatahkan oleh kita, pastikan bahtera kita tidak ditebuk daripada dalam, pastikan nakhoda terus bawa kapal ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan khas bersama UMNO Melaka, di sini, semalam. Turut serta Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan dan barisan kepimpinan tertinggi UMNO yang lain.
Ahmad Zahid seterusnya menambah belanjawan yang dibentangkan baru-baru ini bukanlah belanjawan rakyat selain ketiadaan bajet khusus untuk golongan petani dan kumpulan nelayan serta pelbagai pihak lain.
“Belanjawan itu bukan belanjawan rakyat…. Mana bantuan BR1M… dulu kata dedak sekarang ni tukar jadi BASAH. Kalau dulu dipanggil dedak sekarang apa…? PTPTN sekarang apa jadi… mana bajet untuk nelayan, penoreh getah, felda… kita minta supaya kerajaan jangan tipu rakyat…kononnya kerajaan dahulu hutang 1 trilion.
“Nak tipu rakyat sekali rakyat angguk… dua kali dalam bajet angguk sedikit-sedikit… namun percayalah rakyat akan bangun dan tidak perlu tunggu PRU akan datang,” katanya.
Katanya lagi, insya-Allah jika seluruh jentera parti bekerja keras dan tidak syok sendiri serta turun ke bawah berjumpa dengan pelbagai pihak dan kumpulan, dalam tempoh tiga tahun kepercayaan rakyat yang tertipu sebelum ini akan kembali kepada UMNO.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor