Kerja-kerja menaik taraf laluan Persekutuan yang menghubungkan Gambang - Segamat dijangka siap sepenuhnya pada Mei tahun hadapan.
Exco Kemudahan Asas, Sistem Penyampaian Awam dan Inovasi Pahang, Dato' Sri Norol Azali Sulaiman berkata, setakat ini kerja naik taraf laluan berkenaan sudah siap 78 peratus.
“Laluan terbabit membabitkan kerjasama kerajaan negeri dan Pusat dan kerja-kerja ini sudah lama. Jadi, kita jangka ia dapat disiapkan mengikut jadual.
“Ketika ini, ia (projek) sudah siap 78 peratus dan kalau ikut jangkaan, projek ini akan siap bulan Mei tahun hadapan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukakan Datuk Mohd Fadil Osman (BN-Kemayan) mengenai status projek naik taraf laluan berkenaan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dun Pahang Ke-14,semalam.
Norol Azali berkata, sejumlah RM981,973 pampasan sudah dibayar kepada pemilik di 11 lot tanah milik penduduk dan diberikan berikutan pengambilalihan balik tanah bagi memberi laluan kepada pelaksanaan projek berkenaan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor