Apabila ramai pihak melahirkan rasa terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang semalam yang melepaskan dan membebaskan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah lot banglo dan tuduhan bersubahat maka sebenarnya mereka adalah tak normal, kata Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.
“Pada saya mereka yang terkejut beruk kerana Guan Eng dilepaskan sebenarnya tidak normal. “
Justeru katanya, apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Perdana Menteri, Peguam Ram Karpal Singh dan Nurul Izzah “sama sama terkejut “ (SST) sebenarnya mereka tidak normal.
“Tetapi mereka masih boleh terkeluar dari senarai tidak normal/SST itu jika sebenarnya mereka adalah berlakon. Maksudnya mereka sudah tahu Guan Eng akan bebas kerana mereka sendiri yang merancang tetapi mereka buat buat terkejut.
“Masakan tidak, apabila Guan Eng dilantik Menteri itu adalah petanda dia akan bebas apatah lagi bila peguam Tommy dilantik sebagai Peguam Negara.
“Maka tidak payahlah buat buat terkejut beruk. Sebab itu saya tidak terkejut. Saya hanya terkejut apabila Guan Eng diumum sebagai Menteri Kewangan, tetapi bukan terkejut beruk,” katanya lagi menerusi kenyataan dalam laman facebooknya hari ini.
Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Hadhariah Syed Ismail, membuat keputusan setelah pihak pendakwaan bersetuju menarik semula semua pertuduhan terhadap Guan Eng.
Pada 6 Julai lalu, kedua-dua mereka telah mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor