Pages

Thursday, August 16, 2018

APA TINDAKAN KERAJAAN PH... LEBIH TIGA JUTA RAKYAT TERJEJAS AKIBAT KEJATUHAN KOMODITI






Kerajaan hari ini digesa untuk berbuat sesuatu bagi membantu pekebun-pekebun kecil yang yang terjejas akibat kejatuhan harga komoditi yang jatuh ke tahap paling rendah, demikian tegas Ahli Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah.

Menurut beliau, ini memandangkan hampir tiga juta rakyat yang bergantung pada pendapatan hasil daripada komoditi kepala sawit dan getah kini sedang terjejas ekoran kejatuhan harga komiditi negara yang begitu mendadak hari ini.

“Bagi saya, sekarang ini para pekebun kecil menghadapi zaman yang cukup mencabar. Hammpir 450 pekebun kecil bergantung hidup dengan pendapatan daripada komoditi getah, manakala daripada kelapa sawit pula, hampir 650 ribu pekebun kecil bergantung hidup kepada komoditi ini. Ini tidak termasuk seramai tiga juta tenaga kerja yang bergantung kepada pendapatan hasil komiditi sawit ini.

“Sebab itu, bila harga komoditi getah dan sawit telah jatuh mendadak, ternyata ia cukup menjejaskan kehidupan pekebun-pekebun kecil ini. Jadi kerajaan seharusnya membuat sesuatu tindakan yang boleh membantu mereka untuk mengatasi perkara ini.

“Apatah lagi apabila kerajaan baru hari ini tidak lagi memberikan pelbagai insentif bantuan dan imbuhan kepada pekebun-pekebun kecil di seluruh negara, sepertimana yang dilakukan oleh kerajaan BN sebelum ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kejatuhan harga komoditi yang mendadak di dalam program Diskusi Dari Parlimen yang bersiaran secara langsung melalui medium facebook rasmi UMNO Online semalam.

Jelasnya, peneroka dan pekebun kecil ketika di zaman pemerintahan BN dulu bagaikan anak emas, di mana pelbagai insentif dan imbuhan yang diberikan kepada pekebun-pekebun kecil di seluruh negara.

“Ini adalah kerana, Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib memberikan tumpuan dan pembelaan kerana beliaulah menteri yang bertanggungjawab menjaga Felda. Kita dapat lihat, kehidupan peneroka Felda dan pekebun kecil lebih baik berbanding dengan rakyat biasa di negara ini.

“Tapi hari ini, peneroka Felda dan pekebun kecil di negara ini seolah-olah dianaktitikan oleh kerajaan PH hari ini. Tidak ada lagi sebarang insentif dan bantuan yang diberikan oleh kerajaan hari ini terhadap mereka sepertimana sebelum ini.

“Ini mungkin kerana kerajaan hari ini beranggapan bahawa peneroka Felda dan pekebun kecil ini merupakan kubu kuat kepada kerajaan BN sebelum ini. Jadi mereka akan tekan peneroka Felda dan pekebun kecil habis-habisan,” jelasnya.

Kata Ahmad Hamzah, beliau yakin bahawa rakyat hari ini telah dapat melihat dengan jelas siapakah sebenarnya Pakatan Harapan (PH) apabila mereka sudah memegang kuasa pemerintahan di negara ini.

“Sebab itu saya lihat, kerajaan PH hari ini bagaikan sedang mabuk kuasa. Mereka membuat keputusan dan tindakan dengan cara terpilih. Mereka akan buat apa saja untuk menjadikan rakyat membenci kepada kerajaan terdahulu, demi untuk survival politik mereka.

“Ini adalah disebabkan mereka sendiri tidak menjangkakan mereka akan menang dalam PRU ke 14 ini. Sebab itulah mereka boleh membuat pelbagai janji yang ternyata mustahil untuk mereka tunaikan. Sebab itu, apabila mereka mendapat kuasa, kerajaan hari ini berada di dalam masalah untuk menunaikan janji-janji mereka itu.

“Dan nampaknya kerajaan hari ini sememangnya tidak berupaya untuk menunaikan janji tersebut, bukan sahaja kerana mereka tidak mempunyai kepakaran bahkan hasil negara hari ini telah menurun dengan begitu drastik sekali.

“Keadaan ini sangat membimbangkan kerana ia akan mengakibatkan keadaaan ekonomi negara terus tercabar dan rakyat secara keseluruhannya akan menanggung kesusahan kesan daripada kejatuhan ekonomi tersebut,” tegasnya lagi.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor