Pages

Thursday, April 12, 2018

[RAUB] MASALAH AIR SELESAI



Masalah air selesai




Bagi mengatasi masalah bekalan air di daerah ini projek menaik taraf Loji Air Sungai Bilut bernilai RM4 juta bakal disiapkan menjelang Mei ini.

Projek pertama di negara ini yang menggunakan teknologi Jepun itu akan mengurangkan kekeruhan air melalui pembinaan tiga tingkat empang yang mampu menapis dan mengurangkan tahap kekeruhan air yang sampai ke loji.

Exco Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan negeri, Dato' Sri Shahiruddin Ab Moin berkata, pada masa ini pembinaan projek berkenaan berjalan lancar dan 95 peratus siap.

Menurutnya, pembinaan projek itu amat signifikan dan penting dalam memastikan bekalan air di daerah ini tidak lagi terganggu.

“Sebelum ini bekalan air sering terputus kerana tahap kekeruhan yang begitu tinggi melebihi 1,000 unit nephelemetrik kekeruhan (ntu) terutama apabila hujan menyebabkan loji tidak dapat memproses air bersih.

“Jadi kita mengucapkan terima kasih kepada kerajaan BN yang diketuai Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak yang meluluskan peruntukan bagi projek yang amat penting ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat Loji Air Bilut di sini, semalam

Turut hadir, Adun Batu Talam, Dato' Abdul Aziz Mat Kiram dan Pengurus Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip), Azri Abd Aziz.

Shahirudin berkata, pembinaan projek akan memberikan manfaat kepada lebih 35,000 pengguna melalui 8,000 akaun berdaftar pengguna di loji air berkenaan.

“Saya difahamkan aktiviti di tanah persendirian menyumbang kepada kekeruhan air ini dan saya minta pemilik tanah juga dapat bekerjasama dalam mengurangkan masalah yang sedang dihadapi ini,”katanya.

Sementara itu, Azri berkata, tahap kekeruhan air paling tinggi yang direkodkan ialah pada 7,000 ntu berbanding tahap maksimum yang membolehkan air bersih ditapis pada kadar maksimum 1,000 ntu.

Tambanya, pada tahun lalu loji air berkenaan terpaksa ditutup sebanyak 108 kali yang melibatkan tempoh masa 729 jam akibat kekeruhan air yang tinggi.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor