Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak mengumumkan peruntukkan sebanyak RM338 juta bagi menaik taraf jalan persekutuan dari Bandar Pekan ke Kampung Sungai Miang sepanjang 14.7 kilometer (km).
Projek itu membabitkan Jalan Tunggal dua lorong sepanjang 1.7km dari Bandar Pekan ke persimpangan Kampung Tanjung Agas dan Jalan Berkembar empat lorong sepanjang 13km dari persimpangan Kampung Tanjung Agas ke Kampung Sungai Miang.
Selain itu, tiga jambatan turut diganti iaitu Jambatan Sungai Habib Hasan sepanjang 30 meter, Jambatan Sungai Miang (108m) dan Jambatan Sungai Air Tawar (70m).
Tiga jejantas, pemasangan lampu jalan dan menaiktaraf dua persimpangan lampu isyarat iaitu di Persimpangan Kampung Tanjung Agas dan Persimpangan Industri Tanjung Agas turut dijalankan.
Isu utama jajaran jalan sedia ada projek ini adalah melibatkan bahu jalan dan jambatan yang sempit selain selekoh merbahaya.
Najib berkata, projek yang dijangka siap dalam tempoh empat tahun itu adalah pemangkin kepada pertumbuhan aktiviti ekonomi dalam sektor perindustrian, pertanian, perikanan dan pelancongan.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pecah Tanah Menaiktaraf Jalan Persekutuan (FT003) dari Bandar Pekan ke Kampung Sungai Miang, Pekan.
Hadir sama, Speaker Dewan, Dato' Sri Ishak Muhammad dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Pekan, Dato' Sri Abu Bakar Harun.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor