Lapan jaminan yang diumumkan BN kepada golongan muda berusia 21 hingga 40 tahun disifatkan realistik dan bukannya retorik kerana semua jaminan itu adalah isu yang membelenggu golongan itu selama ini.
Ketua Pemuda Umno Pahang, Mohd Shahar Abdullah berkata, lapan jaminan yang digariskan itu adalah merangkumi segenap aspek yang diperlukan golongan muda di negara ini.
Menurutnya, keprihatinan BN terhadap orang muda tidak dapat dinafikan kerana 43 peratus daripada 14.9 juta pengundi pada PRU14 adalah terdiri anak muda.
“Mereka akan memilih kerajaan yang mampu menjaga kebajikan dalam setiap aspek. Lapan jaminan ini dilihat amat tepat bagi menarik pengundi muda.
“Malah antara jaminan yang menarik adalah memperkasakan ekonomi anak muda di luar bandar selain menyediakan latihan kemahiran sebagai nilai tambah.
“Sekiranya ia dapat dilaksanakan, kita mampu mengurangkan penghijrahan belia ke bandar dan memanfaatkan peluang berada di kampung dengan potensi ada seperti melibatkan diri dalam perniagaan dan sebagainya,”katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Kuantan, Nara Nordin Nikman berkata, semua aspek yang diambil kira olehKetua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin malam semalam adalah isu yang dekat dengan golongan muda.
Katanya, keperluan terhadap peluang pekerjaan dan kemahiran antara perkara penting yang diberikan tumpuan dalam JOM BN.
“Justeru, golongan muda perlu melihat tawaran dalam JOM BN ini sebagai satu yang positif dan boleh ditunaikan dalam tempoh lima tahun akan datang.
“Apa yang difikirkan pemimpin adalah masalah anak muda di akar umbi yang berdepan dengan kesukaran memperoleh kerja, keluarga muda dan sebagainya.
Nara berkata, JOM BN mempunyai lapan jaminan, yang menyentuh aspek kehidupan, sosial, dan kewangan itu realistik memandangkan semua yang diketengahkan adalah suara anak muda yang diterjemahkan di dalam manifesto berkenaan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor