Pages

Wednesday, April 11, 2018

‘JAMINAN ORANG MUDA' BUKTI POLITIK BOLEH BANTU GENERASI MUDA



‘Jaminan Orang Muda’ bukti politik boleh bantu generasi muda




Kuala Lumpur – Tawaran Barisan Nasional (BN) untuk orang muda bukti politik bukan hanya untuk mengkritik sebaliknya boleh diguna untuk membantu generasi Y, kata Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon.

Menurut beliau, ‘Jaminan Orang Muda’ yang dibentangkan oleh Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin walaupun biar pun menghampiri pilihan raya namun pelaksanaannya akan memberikan manfaat kepada anak muda selama mandat yang akan diterima oleh parti.

“Semua perancangan dalam manifesto untuk orang muda ini telah kita teliti dan telah kita bincangkan dan memang sesuatu yang dekat sangat di hati orang muda termasuklah membina keluarga dan cari kerja semuanya itu bukan hanya untuk lima tahun tapi melangkau terus 30 tahun menerusiTN50.

“Ia memberi cahaya bahawa politik kita bukan untuk kritikan sahaja, pentas politik itu digunakan untuk membantu orang muda,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Ketua Pergerakan Puteri BN Datuk Mas Ermieyati Samsudin pula menyifatkan kesemua lapan tawaran Pemuda BN mencakupi kualiti kehidupan rakyat menerusi medium dan bantuan yang disediakan untuk pekerjaan dan pinjaman tanpa birokrasi.

“Bukan hanya pekerjaan tetapi aspek kualiti kehidupan adalah satu jaminan yang cukup bermakna sekali untuk orang muda.

“Inilah yang anak muda perlukan bukan hanya dari segi mendapat pekerjaan, bukan hanya untuk membina empayar perniagaan tetapi juga daripada aspek kualiti kehidupan,” kata beliau.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor