Kuala Lumpur – Seorang gadis yang gambarnya ‘dicuri’ dan digunakan sebagai bahan kempen Parti Keadilan Rakyat untuk menarik perhatian orang ramai supaya memilih parti itu melahirkan rasa kecewa, marah dan kesal malah jika boleh beliau mahu sahaja menyaman pihak yang berkenaan.
Gadis yang menggunakan nama Aidaazira di akaun Twitter itu melahirkan rasa amat terganggu apabila gambarnya bukan sahaja tular di media sosial malah turut terpampang di dada akhbar sehingga menimbulkan rasa benci selain perbuatan tersebut turut menjejaskan maruahnya.
Kesal dengan kejadian itu, Aidaazira berkata, beliau akan membuat laporan polis untuk mengetahui apa yang sebenarnya dan bagaimana gambarnya yang dimuatnaik di laman Instagramnya dicuri dan telah diedit sedemikian rupa.
Luahan Aidaazira di laman Twitternya berhubung tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang mencuri gambarnya untuk dijadikan bahan kempen.
“Kalau boleh saman dan aku tahu siapa buat gambar ni sumpah aku maki. Kau mesti orang politik dah 21 ke atas. Suka suka hati kau nak guna gambar aku.
“Sumpah aku tak halalkan, makin benci pulak aku dengan politik. Over the limit lah orang zaman sekarang,” katanya.
Malah Aidaazira juga membidas individu yang disyaki sebagai ahli politik yang mengambil kesempatan ke atas beliau, gadis berusia 19 tahun, sehingga menjejaskan maruah dan imejnya.
“Kalau cuma viral dekat media sosial sahaja tidak mengapa. Ini sampai masuk newspaper. How could u politician take advantage with 19 years old girl ?
“Dah lah curi gambar orang. Lepas itu buat poster tah apa apa. Nak kempen, kempen jelah. Tak payah lah mengacah suruh orang jangan cari bini muda lah apalah.
“Mula mula aku sabar sahaja PKR. Tapi setiap kali orang hantar benda (poster) itu dekat aku. Aku rasa annoying malu pon ada. Kalau aku kena fitnah, korang nak bayar ke segala kerugian aku? Oh lupa lah semua nak untung je. Itulah sampai menyusahkan orang,” katanya.
Malah Aidaazira juga meluahkan kekecewaan kerana bahan yang tular itu turut dikongsi dan disoal pensyarahnya sehingga Whatsapp dan instagram dipenuhi perkara tersebut.
“Ingat aku bangga ke muka aku pampang depan depan surat khabar untuk raih undi korang ?
“Kalau nak kata aku tak beradab? Silakan. Aku sabar dari mula gambar ini tersebar .
“Aku senyap, aku sabar je tahan malu. Kalau gambar perempuan lain mungkin yelah diorang boleh terima sebab diorang sendiri tangkap dengan bendera parti masing-masing,” tambah beliau.
Aidaazira melontar amaran keras terhadap pelaku yang mencuri fotonya dari akaun instragram dan menyunting bagi memancing undi PKR supaya tampil segera memohon maaf atas perbuatannya itu.
“Last kalau boleh aku nak orang yang edit curi gambar aku dekat insta ni sendiri minta maaf dekat aku.
“Untuk tahu benda sebenar pasal poster ni, saya buat laporan polis ,” katanya dalam akaun Twitter tersebut.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor