Pagi tadi, jalan yang bernama Lebuh Kuantan telah dirasmikan di bandar Qinzhou, Guangxi, China oleh wakil-wakil dari Majlis Perbandaran Kuantan.
Lebuh Kuantan ini berada di Taman perindustrian Qinzhou China-Malaysia Industrial Park (CMQIP) di bandar Qinzhou di China yang dimiliki 49 peratus oleh Malaysia.
Keluasan CMQIP ialah 3 kali ganda lebih besar dari Taman perindustrian Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP) di Kuantan, Pahang yang dimiliki 51 peratus oleh Malaysia.
Lebuh Kuantan di Qinzhou ini merupakan balas kepada Jalan Qinzhou di Kuantan sebagai penanda semangat program berkembar bandar-bandar Kuantan dan Qinzhou
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor