Pages

Thursday, March 8, 2018

[KUANTAN] RAKYAT PERLU SIASAT KESAHIHAN BERITA



Rakyat perlu siasat kesahihan berita



Menteri Besar, Dato' Sri Adnan Yaacob menasihatkan rakyat supaya mendapatkan kesahihan berita palsu diterima terutamanya membabitkan kerajaan.

Katanya, ini kerana ia (berita palsu) boleh memberi ancaman kepada kestabilan politik, ekonomi dan ketenteraman awam.

Menurutnya, situasi tersebut boleh menimbulkan pelbagai persepsi yang negatif berikutan wujudnya berita tidak sahih itu.

“Kita bila dengar orang bercakap atau sesuatu berita siasat la dulu.. jangan dapat berita terus sebar.

“Tak salah kalau kita cuba dapatkan maklumat sahih.. itu lagi baik,” katanya ketika berucap pada Majlis beramah mesra bersama anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan menyampaikan Bantuan Geran dan Pinjaman SME Crop dan Tekun Nasional di Pengkalan Udara Kuantan di sini, semalam.

Turut hadir, Komander Pangkalan, Koloner Wan Amin Wan Mahmud; Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Dato' Sri Muhammad Safian Ismail  dan anggota Mesyuarat Kerajaan.

Seramai 500 anggota TUDM memeriahkan majlis tersebut.

Pada majlis tersebut, Adnan meminta agar anggota dan pegawai TUDM boleh menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap kerajaan atau berita yang mereka dengar.

Jelasnya, inilah peluang yang perlu digunakan oleh mereka untuk bertanya mengenai berita yang mereka dengar.

“Saya akan jawab semua isu jika ada antara anggota dan pegawai yang inginkan penjelasan berhubung pelbagai isu di negeri ini,” katanya.

Dalam perkembangan itu, beliau telah meluluskan peruntukan RM50,000 kepada Tabung Kebajikan TUDM Kuantan.

Beliau meminta agar peruntukan itu dibelanjakan sebaiknya untuk kebajikan anggota dan pegawai TUDM.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor