Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak tiba di Padang Kemunting sempena Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Pelancaran Jentera PRU Parlimen Kuantan.
Beliau disambut kira-kira 8,000 ahli parti komponen BN Parlimen Kuantan.
Sejurus tiba, Najib melawat gerai Jualan Sentuhan Rakyat Parlimen Kuantan yang menawarkan harga barangan lebih rendah kepada pengguna.
Hadir sama, Menteri Besar, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Dato' Sri Adnan Yaakob, Presiden MCA, Dato' Sri Liow Tiong Lai dan Ketua Umno Bahagian Kuantan, Dato' Sri Wan Adnan Wan Mamat.
Terdahulu, Najib mengadakan perjumpaan tertutup bersama pimpinan BN Negeri di Hotel Zenith.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor