Pages

Monday, March 26, 2018

[KUANTAN] BANTUAN RM500 RINGANKAN BEBAN KELUARGA TERLIBAT



Bantuan RM500 ringankan beban keluarga terlibat



Semua mangsa bencana banjir dari Dun Pulau Manis di sini yang berdepan musibah itu Januari lalu akan menerima bantuan ihsan dijanjikan kerajaan dalam masa terdekat bagi meringankan beban.

Bagi tujuan itu, 326 keluarga mangsa banjir dari Kampung Sri Damai, Gudang Rasau dan Jaya Gading di sini menjadi penerima pertama bantuan itu apabila masing-masing menerima bantuan itu sebanyak RM500, semalam.

Adun Pulau Manis, Dato' Khairuddin Mahmud berkata, beliau turut memberi perhatian kepada mangsa yang layak namun nama mereka tercicir dalam senarai penerima supaya bantuan kepada kelompok itu juga dapat disegerakan selain kepada mangsa yang berpindah di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Fakeh Ahmad di sini.

Menurutnya, masalah itu sudah diajukan kepada pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) supaya melakukan semakan bagi mengenal pasti mereka yang terlibat.

“Sumbangan wang ihsan ini sebagai tanda prihatin dan tanggungjawab kerajaan membantu meringankan beban dihadapi mangsa.

“Ini membuktikan kerajaan yang ada sekarang benar-benar menghayati nadi rakyat dan sentiasa membela kebajikan mereka yang berdepan musibah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Pengurusan Risiko dan Bencana Peringkat Komuniti dan agihan wang Ihsan anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Damai di sini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Operasi Nadma, Zainal Azman Abu Seman, Timbalan Pesuruhjaya APM, Roslan Wahab dan Pengarah APM Pahang, Kolonel (PA) Zainal Yusof.

Khairuddin berkata, kerajaan jelas amat prihatin dengan kesusahan rakyat namun ada pihak yang cuba memanipulasi kononnya kerajaan terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tipu rakyat dan gelarkan beliau sebagai penyangak dan sebagainya.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor