Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menitahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dapat mengkaji semula sama ada premis yang terlibat dalam kebakaran semalam boleh dibina kembali ataupun mengenal pasti lokasi baharu bagi meneruskan perusahaan itu.
Tengku Abdullah berkenan berangkat menemui mangsa kebakaran dan meninjau kawasan kebakaran 10 kedai di Sungai Mansion, Brincang, semalam.
Dalam lawatan mengejut itu, Tengku Abdullah mahu satu perancangan dilakukan pihak berkuasa tempatan untuk menempatkan premis perniagaan di Sungai Mansion, yang musnah dalam kebakaran malam tadi, ke satu lokasi yang lebih strategik.
“Kawasan perniagaan cenderahati itu dilihat sudah tidak strategik berikutan kedudukannya berhampiran jalan raya utama dan boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan itu.
“Lokasinya begitu padat dan banyak sekatan untuk membuat bangunan besar untuk mereka,”titahnya.
Tengku Abdullah bertitah demikian selepas berkenan melawat 10 kedai yang musnah dalam kebakaran malam kelmarin.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato' Sri Muhammad Safian Ismail, Exco Jawatankuasa Perumahan Dan Kerajaan Tempatan negeri merangkap AdunJelai , Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ketua Polis Pahang Dato' Sri Rosli Abd Rahman.
Hadir sama, Pegawai Daerah Cameron Highlands, Dato' Ishak Md Napis.
Dalam kejadian 10.25 malam semalam itu turut memusnahkan sebuah muzium yang mempamerkan koleksi sejarah hangus dalam kebakaran di Sungai Burung.
Terdahulu, Tengku Abdullah mendengar taklimat daripada pihak pejabat daerah, Pegawai Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang tentang situasi semasa.
Tengku Abdullah turut menyampaikan kurniaan peribadi dan juga sumbangan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) kepada mangsa kebakaran itu.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor