Pages

Tuesday, March 27, 2018

[CAMERON HIGHLANDS] PUPUK KESEDARAN AWAM CINTAI HUTAN






Jabatan Perhutanan Negeri Pahang akan melipatgandakan usaha meningkatkan kesedaran awam betapa pentingnya mencintai hutan dan menghargai kepentingan serta sumbangan kepada alam sekitar.

Sesuai dengan tema "Hutan Untuk Kesejahteraan Masyarakat" sempena Sambutan Hari Hutan Antarabangsa pelbagai inisiatif telah dilakukan termasuk khutbah Jumaat yang disampaikan di seluruh masjid di negeri Pahang menyeru supaya orang awam sama sama memainkan peranan.





Aktiviti menghijaukan semula kawasan penerokaan negeri Pahang terus dilakukan secara berterusan terutama dikawasan Cameron Higland dan Janda Baik. Sehingga Disember 2017,sejumlah 159,999 pokok pelbagai jenis spesis antaranya Meranti Bukit,Meranti Sarang Punai,Keruing,Geruk ,petai dan sebagainya telah berjaya di tanam di beberapa kawasan hutan simpan seluas kira kira 250 hektar.

Jabatan Hutan Negeri Pahang juga telah melaksanakan aktiviti penanaman pokok di kawasan kawasan bekas lesen pembalakan,kawasan pencerobohan,ladang hutan dan kawasan terosot untuk perhutanan semula terutamanya di dalam kawasan hutan simpan kekal.

Untuk rekod bagi tempoh 2010 sehingga Disember 2017, sejumlah 5.18 juta pokok telah ditanam bagi tujuam perhutanan semula di seluruh negeri Pahang. Usaha ini turut disertai NGO yang bekerjasama dengan Jabatan Hutan Negeri Pahang seperti

Ahmad Shah Environment Trust(SASET) .Pada tahun lalu sahaja sejumlah 79,839 pokok pelbagai spesies di bawah program Go Green di seluruh negeri Pahang.





Seluas 1.52 juta hektar kawasan Hutan Simpan Kekal di negeri Pahang telah disijilkan dan Pahang merupakan penyumbang terbesar dengan 33% kepada keluasan Hutan Simpan Kekal yang telah di sijilkankan di bawah Malaysia Timber Certification.

Pada masa ini keluasan kawasan berhutan di negeri Pahanh adalah lebih kurang 2.07 juta hektar telah dwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal di bawah Akta Perhutanan Negara 1984.

Daripada jumlah itu, seluas 998,671.32 hektar telah dikelas sebagai Hutan Pengeluaran sebagai contoh Hutan Tadahan Air,Hutan Perlindungan Tanah,Hutan Perlindungan Hidupan Liar dan Mesyuarat Kerajaan Negeri bersidang pada 21 January 2016, telah bersetuju mewartakan 10,000 hektar Tanah Kerajaan di Daerah Cameroon Highland sebagai Hutan Simpanan Kekal.

Sementara itu bagi memelihara kepentingan hutan, penguatkuasaan dan pemantauan hutan , Jabatan Perhutanan telah menumpaskan sejumlah 44 sindikit mencuri kayu balak dengan tangkapan 22 suspek serta menyita 44 buah kenderaan dan jentera .

"Tidak ada yang lebih mustahak,selain dari mengekalkan daya tahan hutan negeri Pahang ini bagi jangkamasa panjang.Pengukuhan kolaborasi antara jabatan jabatan,termasuk juga orang awam,samada diperingkat tempatan,mahupun antarabangsa perlu dipertingkatkan agar matlamat untuk memastikan warisan khazanah hutan negeri Pahang terus terpelihara bagi generasi yang akan datang dapat direalisasikan"titah KDYTM Pemangku Raja Pahang sempena Majlis Perasmian Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Pahang di Cameron Highland.

Turut sama mengiringi baginda ke majlis perasmian tersebut YAB DSDR Menteri Besar Pahang Adnan Hj Yaakob serta barisan Exco Kerajaan Negeri Pahang


abadi romeo.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor