Menjadi kumpulan pertama penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018 mengundang keterujaan buat penerima terpilih sempena majlis penyerahan BR1M peringkat kebangsaan, di sini, semalam.
Berlangsung di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, majlis disempurnakan Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak,
Penerima, Yusra Abdul Majid, 45, dari Kampung Permatang Pauh mengakui gembira kerana antara kumpulan pertama penerima bantuan tersebut tahun ini.
Dia yang bekerja sebagai buruh menerima bantuan tersebut sejak 2013 dan menyifatkan usaha kerajaan adalah satu tindakan ikhlas untuk membantu rakyat seperti dirinya.
“Saya akan menggunakan wang yang diterima untuk membeli barangan keperluan keluarga,” katanya.
Bagi Norbaiti Mohd Razali, 33, BR1M adalah bantuan ikhlas kerajaan untuk rakyat dan menghargai usaha yang telah dilakukan selama ini.
Menerima bantuan itu buat tahun kedua, dia dari Sepekan Jaya itu menganggap BR1M diterima sesuai pada masanya untuk meringankan beban rakyat dalam menangani kos sara hidup yang tinggi.
Nada sama turut disuarakan bagi seorang kakitangan kilang di sini, Mohd Arsyad Abdullah, 51.
Dia ternyata gembira kerana bantuan itu diberikan secara adil dan tanpa kepentingan politik.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor