Seorang lelaki berusia 52 tahun menjumpai tengkorak kepala manusia di kawasan perumahan terbengkalai di Kampung Melayu Rasa, kira-kira jam 11.20 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, tengkorak manusia itu dijumpai di dalam longkang ketika lelaki terbabit sedang melakukan pembersihan semak di hadapan rumahnya.
Menurutnya, difahamkan kawasan perumahan tersebut terbengkalai sejak 20 tahun lalu. Unit Pengesan Anjing K9 serta pasukan forensik polis tidak menjumpai apa-apa bukti di lokasi yang boleh membantu siasatan.
"Tiada bahagian manusia yang lain dijumpai di lokasi berkenaan dan identiti tengkorak masih belum dapat dikenal pasti.
"Tengkorak itu dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk pemeriksaan lanjut,"katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor