Pages

Thursday, January 4, 2018

[KUANTAN] REMAJA LELAKI MANGSA KEDUA BANJIR


Remaja lelaki mangsa kedua banjir


Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun menjadi mangsa banjir kedua di negeri ini selepas ditemui lemas akibat terjatuh ke dalam air di Kampung Tiram di sini tengah malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, Muhammad Al Asyraf Mohamed Al Asadi dari Permatang Badak di sini dipercayai terjatuh selepas diserang sawan.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Rosli Abdul Rahman berkata, mangsa difahamkan ke rumah kawannya di Kampung Tiram dan terjatuh dalam air banjir di hadapan rumah itu ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

"Kejadian disedari orang ramai sejam kemudian sebelum pihak bomba tiba di lokasi untuk mengeluarkan mangsa.. Mangsa didapati meninggal dunia akibat lemas," katanya kepada media selepas Majlis Serah Terima Tugas di Ibu Pejabat Kontinjen Pahang, hari ini.

Dalam pada itu, Rosli mengingatkan orang ramai terutama penduduk di kawasan banjir supaya berhati-hati bagi mengelak insiden tidak diingini berlaku.

Beliau berkata, orang ramai boleh mendapatkan info terkini mengenai situasi banjir dengan menghubungi Bilik Gerakan Banjir IPK dan Ibu Pejabat Polis Daerah.

Jenazah mangsa dibawa ke Melaka untuk dikebumikan.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor