Bentong bakal dijadikan destinasi pelancongan pilihan utama dalam kalangan pelancong China kerana tarikan budaya masyarakat Cina di kawasan itu yang masih terpelihara selain terkenal dengan durian ‘Musang King’.
Ahli Parlimen Bentong Datuk Seri Liow Tiong Lai yang juga Presiden MCA berkata selain itu, Bentong kini sedang mengalami transformasi yang mana kebanyakan kedai dan pusat membeli-belah dilatih mengamalkan pembayaran digital yang sering digunakan oleh pelancong China.
“Kami mengalu-alukan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) di Malaysia, malah kami juga mempersiapkan penduduk Bentong ke dunia digital. Jadi, kebanyakan kedai di sini kami latih mereka supaya menerima pembayaran secara digital,” kata Menteri Pengangkutan itu kepada pemberita selepas lawatan bersama Duta China ke Malaysia, Bai Tian ke Bentong hari ini.
Sementara itu, Bai Tian ketika ditemui berkata pihaknya akan terus bekerjasama dengan kerajaan Malaysia dalam mempromosikan keunikan dan tarikan daerah Bentong kepada pelancong dari negaranya.
“Bentong mempunyai banyak sumber pelancongan menarik. Ia akan menjadi mercu tanda popular di bawah inisiatif ‘One Belt One Road’ China yang mana pelancong China beramai-ramai datang ke sini kerana ingin menikmati durian, makanan tempatan dan inap desa.
"Dengan mengeksport durian dan produk lain ke China, rakyat tempatan akan turut mendapat manfaat,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor