Pages

Friday, January 5, 2018

BANJIR PAHANG: BILANGAN MANGSA BANJIR MULA MENURUN



Banjir baru


Bilangan mangsa banjir di negeri ini mula menunjukkan penurunan apabila mangsa yang berada di pusat pemindahan kini seramai 9,502 orang melibatkan 2,622 keluarga berbanding 9,683 mangsa melibatkan 2,652 keluarga yang dicatatkan sehingga jam 5.30 petang semalam.

Daerah Maran kembali mencatatkan bilangan mangsa dipindahkan hari ini apabila sebuah pusat pemindahan di buka di Balai Raya Kampung baru pertanian menempatkan 51 mangsa daripada 13 kelaurga.

Semalam, semua pusat pemindahan di daerah itu ditutup selepas mangsa terakhir seramai 156 mangsa daripada 34 keluarga yang berada di Surau Kampung Bintang dan pusat pemindahan Kampung Baru Sungai Chedong sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Pusat pemindahan di daerah Bera kekal dua di Sekolah Kebangsaan (SK) Charuk Puting dan SK Kuala Triang menempatkan 36 mangsa daripada 10 keluarga.

Semua mangsa banjir di enam daerah terlibat Kuantan, Rompin, Pekan, Bera , Jerantut dan Lipis kini ditempatkan di 53 pusat pemindahan.

Berdasarkan laporan InfoBanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM), Kuantan kekal mencatatkan bilangan mangsa tertinggi apabila bilangan pusat pemindahan terus bertambah kepada 31 dengan 7,544 mangsa dari 2,122 keluarga setakat jam 11.15 pagi ini.

Bagaimanapun jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding jumlah yang dicatakan jam 5.30 petang semalam, 7,800 mangsa daripada 2,173 keluarga.

Antara pusat pemindahan yang dibuka di daerah ini termasuk di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Besar (527 mangsa), Wisma Belia (635 mangsa) SJKC Chung Ching (540 mangsa), SMK Pandan (921 mangsa) Sekolah Kebangsaan (SK) Fakeh Abdul Samad (280 mangsa), (SMK) Gudang Rasau ( 295 mangsa), Dewan Orang ramai Jaya Gading (98 mangsa), dan Dewan Orang Ramai Seri Damai (156 mangsa).

Manakala di daerah Rompin, jumlah pusat pemindahan dibuka kini hanya enam dengan 531 orang daripada 142 keluarga.

Ia juga menunjukkan penurunan berbanding 714 mangsa melibatkan 190 keluarga berada di 10 pusat pemindahan petang semalam.

Banjir di daerah Pekan menunjukkan peningkatan mangsa dipindahkan dengan jumlah terkini 1,267 orang dengan 319 keluarga berada di tujuh pusat pemindahan.

Manakala mangsa banjir di Jerantut meningkat kepada 54 mangsa dari 10 keluarga yang kini berada pusat pemindahan di Dewan Serbaguna Jerantut Feri, Balai raya Kampung Besul dan SK Teh.

Banjir yang melanda Lipis tidak serius namun mangsa dipindahkan kekal kepada 19 orang dari enam keluarga yang berada di pusat pemindahan di Balai Raya Tanjung Bungor dan Balai Raya Lentang dan dewan Bukit Kota.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor