Pages

Sunday, January 7, 2018

BANJIR HAMPIR PULIH SEPENUHNYA


Banjir baru


Banjir yang melanda negeri ini hampir pulih sepenuhnya apabila hanya 17 pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka menempatkan 660 mangsa daripada 211 keluarga sehingga jam 1 tengahari ini.

Kini hanya empat daerah yang masih dibuka pusat pemindahan iaitu Kuantan (62 mangsa daripada 30 keluarga) yang berada di PPS Dewan Orang Ramai Seri Damai.

Lima PPS didaerah Maran dengan 177 mangsa daripada 70 keluarga, Pekan enam PPS dengan 282 mangsa daripada 77 keluarga dan Bera, lima PPS dibuka dengan bilangan mangsa 139 daripada 34 keluarga.

Jumlah itu dijangka terus berkurangan apabila ada lagi PPS mungkin akan ditutup sehingga petang ini ekoran keadaan cuaca yang semakin baik sejak semalam dan hari ini.

Banjir di negeri ini mendapat perhatian Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak apabila beliau dijadualkan melawat mengsa banjir di SK Temai, Pekan dan di Dewan Orang Ramai Seri Damai, Kuantan hari ini.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor