Keadaan banjir di Pahang bertambah buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan kini meningkat kepada 9,810 orang sehingga pukul 9 malam tadi, yang ditempatkan di 55 pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 8,800 orang petang semalam.
Menurut Portal Infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kuantan terus mencatatkan pertambahan mangsa yang dipindahkan dengan 7,797 orang di 31 PPS berbanding hanya 7,162 orang petang semalam.
"Di Dewan Orang Ramai Seri Damai terdapat seramai 156 mangsa dipindahkan di situ, Dewan Wawasan Jabatan Perairan dan Saliran, Kemunting (108), Balai Raya Kampung Paya Bungor (24), Sekolah Kebangsaan (SK) Fakeh Abdul Samad (280), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gudang Rasau (312) dan SMK Sungai Lembing (empat orang).
“SK Kampung Padang pula menempatkan 73 mangsa, SMK Pandan (921), Balai Raya Kampung Pahang (69), Dewan Orang Ramai Jaya Gading (98), Balai Raya Kampung Tiram (243), SMK Paya Besar (641), SRJK (C) Chung Ching (540), SMK Tg Panglima Perang Tg Muhammad (26) dan SK Kempadang (67).
“Seramai 635 orang dipindahkan di Wisma Belia, Balai Raya Pasir Kemudi (dua), Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah (592), Dewan Serbaguna Panching (17), Kuarters Polis Alor Akar (40) dan Balai Raya Kampung Sungai Soi (29),” menurut portal itu.
Seramai 31 mangsa banjir turut ditempatkan di Dewan Melati Penjara Penor, 1,094 orang ditempatkan di SMK Tanah Putih, 659 orang di Dewan Sukpa, Indera Mahkota, 89 orang di SBP Integrasi Kuantan, dua mangsa di Sekolah Kebangsaan Beserah, 551 mangsa di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), 31 orang di SK Sungai Ular, 233 orang di SK Cherating, 181 orang di Dewan Maksak dan 49 orang pula di SK Sungai Talam.
Dalam pada itu, bilangan mangsa banjir yang dipindahkan di Rompin mencatatkan penurunan dengan 653 orang ditempatkan di sembilan PPS berbanding 714 orang petang semalam.
Mereka ditempatkan di Dewan Orang Ramai Telok Gading (15), Pusat Pemindahan Banjir Kampung Setajam (178), Dewan Serbaguna Desa Wawasan Kampung Pianggu (72), SMK Pontian Jaya (82).
Di Balai Raya Kampung Sepayang pula terdapat seramai 52 orang, SK Sarang Tiong (161), Balai Raya Kampung Mikang (lapan), Dewan Orang Ramai Leban Chondong (25) dan Balai Raya Rekoh (60).
Di Pekan, jumlah PPS yang dibuka turut meningkat kepada tujuh pusat pemindahan dengan menempatkan 1,251 mangsa berbanding hanya lima PPS pada waktu petang.
Mangsa ditempatkan di SK Merchong Jaya (528), Balai Raya Kampung Menchupu (65), Sekolah Sinar Mutiara, Sungai Miang (423), SK Temai (lima) dan PPS Kampung Pulau Manis (lima), SK Permatang Keledang (223) manakala Balai Raya Kampung Tebat (dua).
Di Jerantut, 26 mangsa banjir ditempatkan di Dewan Serbaguna Jerantut Feri, Balai Raya Kampung Besul (lapan) dan Sekolah Kebangsaan Teh (20) .
Sementara itu, di Lipis lima mangsa ditempatkan di Balai Raya Kampung Tanjung Bungor, Balai Raya Lentang (empat) dan Dewan Bukit Kota (10).
Di Bera terdapat dua PPS yang menempatkan 21 orang di SK Charuk Puting dan 15 orang di SK Kuala Triang.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor