Pages

Friday, December 29, 2017

[KUANTAN] PASANGAN KEMBAR DERITA HIDAP TIROID


Pasangan kembar derita hidap tiroid


Melihat kepada keadaan fizikal dan sentiasa aktif bermain, pasangan kembar ini kelihatan sihat dan tidak menunjukkan mereka mengidap sebarang penyakit.

Namun pasangan kembar Muhamad Rizqi Fakhrullah dan Muhamad Rizqi Fayyad Mohd Ridzuan, 2 tahun 8 bulan disahkan mengalami penyakit tiroid.

Ibunya, Muhaslinda Musa, 37, berkata, anak ketiga dan keempatnya itu menunjukkan kesan sejak lahir apabila sistem pencernaannya tidak lancar.

Menurutnya, dia melahirkan pasangan kembar itu secara pembedahan kerana tidak cukup bulan.

“Ketika dalam pantang, kami melakukan pemeriksaan ke atas anak-anak kami dengan membuat ujian darah sebelum disahkan doktor bahawa mereka mengidap tiroid.

“Buat masa ini, kami hanya berulang alik ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan susulan,” katanya ketika ditemui pada Program Ziarah Adun Sungai Lembing, Dato' Md Sohaimi Mohamed Shah, kelmarin.

Muhaslinda yang juga suri rumah berkata, kedua-dua anaknya itu mengalami masalah tumbesaran ekoran penyakit tersebut selain memerlukan susu khas.

“Tapi saya hanya beli susu berkenaan apabila mampu sahaja kerana harganya yang mahal.

“Saya tidak mendapat sebarang a bantuan kerana dikatakan tidak layak kerana suami saya, Mohd Ridzuan Murad, 42, bekerja sebagai pekerja am Majlis Perbandaran Kuantan (MPK),” katanya.

Pada lawatan itu, sumbangan lampin pakai buang dan susu khas diberikan untuk meringankan beban keluarga terbabit.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor