Seorang kanak-kanak terpaksa bergantung sepenuhnya kepada tiub yang ditebuk pada perut untuk minum susu.
Muhammad Ammar Firdaus Ayub, 3, disahkan menghidapi masalah jantung dan saluran jantung sempit dan injap bocor sejak lahir.
Ibunya Zurina Othman, 41, berkata, anak bongsu dari empat beradik itu bergantung sepenuhnya kepada susu khas sebanyak lima tin sebulan.
“Pembedahan pertama dah dijalankan Julai tahun lepas untuk tutup lubang dan saluran sempit.
“Tapi ia bagi kesan kepada injap jantung hingga menyebabkan kebocoran,” katanya ketika ditemui pada Program Ziarah Kasih Adun Sungai Lembing, Dato' Md Sohaimi Mohamed Shah.
Zurina berkata, dia dan suami, Ayub Ismail, 47, tidak putus berdoa untuk melihat anak istimewanya itu sembuh.
Katanya, buat masa ini, rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN) dilakukan tiga bulan sekali.
“Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan dapatlah ringankan beban sebab kos beli susu khas cecah RM600 sebulan.
“Ahli keluarga juga banyak bantu kalau kami menghadapi masalah kewangan,” katanya.
Zurina berkata, masalah yang dihadapi anaknya hanya dapat dikesan selepas dilahirkan tidak cukup bulan.
“Cuma masa mengandung bayi tidak aktif,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor