Pages

Friday, December 22, 2017

[KUANTAN] 350 TERIMA BANTUAN PERSEKOLAHAN


350 terima bantuan persekolahan


Seramai 350 pelajar dari Dun Sungai Lembing menerima bantuan persekolahan dengan jumlah keseluruhan RM70,000 tajaan Yayasan Pahang.

Adun Sungai Lembing, Dato' Md Sohaimi Mohamed Shah berkata, bantuan RM200 setiap seorang itu sebagai inisiatif meringankan beban keluarga kurang mampu.

Menurutnya, kerajaan menyediakan pelbagai bantuan kepada rakyat.

“Semua penerima terdiri daripada pelajar dari 14 sekolah di Dun Sungai Lembing dan anak Pahang.

“Peruntukan ini diuruskan Yayasan Pahang dengan pihak sekolah,” katanya pada Majlis Penyampaian Bantuan Anak Pahang oleh Yayasan Pahang, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Goh, Mat Zahari Deraman.

Md Sohaimi berkata, bantuan akan dihulurkan kepada yang layak tanpa kira latar belakang politik.

Justeru, beliau berharap penerima memanfaatkan bantuan yang diterima untuk sediakan peralatan sekolah.

Sementara itu, Muhammad Ismail Awi, 14, dari Sekolah Menengah kebangsaan (SMK) Bukit Sagu berkata, dia akan menggunakan wang bantuan bagi membeli pakaian dan kasut sekolah.

Pendapat sama turut di nyatakan Nur Arifah Najihah Mohd Fazeri, 13, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Goh.

Anak ketiga dari lima adik beradik berkata, bantuan itu dapat meringankan beban keluarganya.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor