Pelajar yang ingin menjadi manusia yang berjaya haruslah berani mencuba dan tidak takut risiko untuk gagal sebagai pendorong untuk maju di masa hadapan. Keberanian dan cara berfikir di luar kotak akan meletakkan pelajar sentiasa mempunyai idea yang kreatif dan inovatif . Dalam diri pelajar mesti menanam semangat boleh melakukan perubahan dalam kehidupan dan jangan memberikan pelbagai alasan untuk tidak mencuba apa yang difikirkan mendatangkan risiko kerana takut mencuba. Kegagalan bukan pengakhiran kepada kehidupan untuk hari seterusnya.
"Majlis graduasi pelajar pelajar tahun enam ini sebenarnya merupakan cabaran buat semua pelajar dan pemangkin serta pembakar semangat. Bukan sesuatu yang mustahil jika pelajar berusaha belajar bersungguh untuk merasai pengalaman yang amat bermakna dalam kehidupan dengan memiliki segulung ijazah graduasi di majlis konvokesyen uiniversiti suatu hari nanti",ujar YB Dato'Shahaniza Shamsuddin Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang yang juga ADUN Kuala Sentul ketika berucap di Majlis Graduasi Tahun 6 dan Program Pendidikan Khas Intergrasi 2017 SK Kampung Awah.
Antara yang turut hadir di majlis berkenaan ialah Guru Penolong Kanan KOKURIKULUM En Saharul Nizam Hj Bahaman dan guru guru sekolah, Pengerusi PIBG, serta Pengurus Rancangan Felda Kampung Awah. Pada Majlis berkenaan disampaikan juga anugerah buat pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik , sukan dan Anugerah Nilam.
Shahaniza terima cenderahati dari GPK Saharul Nizam |
Murid tahun enam terima anugerah yang disampaikan oleh Shahaniza Shamsuddin |
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor