Dua laporan polis dibuat oleh Gerakan Belia 4B Kuantan berikutan kenyataan yang dimuatnaik satu laman Facebook yang menghina Nabi Muhammad SAW.
Pengerusinya, Mohd Jalaudin Fikri Jamal berkata, status yang dimuatnaik oleh pemilik akaun Facebook itu pada 12 November lalu disifatkan satu tindakan melampau dan menghina keperibadian Baginda dan keluarga Baginda selain menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini.
Menurutnya, pemilik akaun terbabit memanipulasi surah-surah dan hadis daripada kitab al-Quran dan tindakan itu tidak sepatutnya dilakukan oleh orang Islam.
"Kita berharap pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya ke atas pemilik akaun tersebut kerana kenyataan yang dibuat boleh memesongkan akidah umat Islam.
"Selain itu, kita berharap pengguna media sosial tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan sebegitu," katanya kepada media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor