Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengakui wakil rakyat PKR di negeri tersebut tidak dibenarkan menyerahkan bantuan banjir seperti mana arahan dalam surat yang bocor sebelum ini.
Guan Eng memberi alasan sebagai perubahan prosedur menyebabkan pemberian tunai RM700 kepada mangsa banjir hanya akan dilakukan oleh Ahli Undangan Negeri (ADUN) daripada parti DAP dan ADUN PKR dipinggirkan.
“Selepas berbincang dengan setiausaha kerajaan negeri, kami memutuskan untuk membuat perubahan bagi memastikan rakyat Kebun Bunga tidak dipinggirkan. Ia adalah perubahan prosedur.
“Malahan, saya sendiri akan memberi bantuan dengan Yap kepada semua mangsa banjir. Itu sahaja saya boleh kata setakat ini. Biar kami beri bantuan banjir kepada semua mangsa banjir dan kita boleh bercakap perkara ini selepas 2 Disember,” katanya semasa sidang media di Pulau Pinang hari ini.
DUN Kebun Bunga diwakili oleh wakil PKR, Cheah Kah Peng dan Yap Soo Huey pula adalah ADUN DAP di Pulau Tikus yang berbeza kawasan.
Spekulasi mengatakan langkah diambil oleh Guan Eng itu bertujuan membalas dendam terhadap lima ADUN PKR di negeri itu yang sebelum ini membuat keputusan menentang keputusan kerajaan untuk menambak dua tahun lalu.
Kah Peng adalah salah seorang daripada lima wakil rakyat PKR yang menentang, empat ADUN lain adalah Ong Chin Wen (Bukit Tengah), Dr Norela Ariffin (Penanti), Dr T Jayabalan (Batu Uban) dan Lee Khai Loon (Machang Bubuk).
Terdahulu, media mendedahkan sepucuk surat bertarikh 20 November daripada Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri, Farizan Darus kepada Kah Peng yang memberitahunya tidak dibenarkan untuk mengendalikan pemberian bantuan RM700 daripada kerajaan negeri kepada mangsa banjir.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor