Kuala Lumpur – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hanya hebat dalam mengharamkan akhbar Melayu, tetapi menikus dalam mengharamkan pesta arak dan usul memperkasa mahkamah syariah, bidas Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa.
Beliau, dalam pada itu turut menyifatkan tindakan Kerajaan PKR Selangor mengarahkan pemberhentian langganan akhbar di bawah Kumpulan Utusan dan Berita Harian oleh agensi di bawah kerajaan negeri berkuat kuasa serta-merta hari ini menunjukkan sikap tidak matang dan kebudak-budakan.kepimpinan Azmin.
“Tindakan kerajaan negeri Selangor yang secara rasmi mengarahkan pemberhentian langganan akhbar kumpulan Utusan dan Berita Harian adalah satu tindakan yang tidak matang dan kebudak-budakan, sekali gus memberi gambaran buruk terhadap pimpinan Mohamed Azmin Ali yang terus tunduk di bawah pengaruh DAP.
“Ini membuktikan betapa kerajaan negeri pimpinan Mohamed Azmin begitu tertekan dan menghadapi masalah `inferiority complex’ apabila mereka seolah olah tidak lagi punya keyakinan diri serta menaruh bimbang bahawa rakyat Selangor terutama orang Melayu dan umat Islam kini berubah arah dengan tidak lagi memberi sokongan kepada sebuah kerajaan yang ternyata dikuasai DAP serta tidak berhasrat membela kepentingan agama dan bangsa,” ujarnya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.
Jelas Annuar, Akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian diketahui sebagai media arus perdana yang sejak sebelum merdeka memperjuangkan kepentingan umat Islam dan bangsa Melayu dalam konteks negara berbilang kaum dan agama dilihat sebagai `musuh’ kepada dasar kerajaan Selangor yang dikuasai DAP.
Malah, menurut beliau, pihaknya tindakan bahawa tindakan Azmin tidak direstui rakyat Selangor dan ini akan meningkatkan lagi penolakan rakyat terhadap Pakatan Harapan diketuai DAP.
“Kerajaan negeri Selangor lupa bahawa di bawah rangkaian Kumpulan Malaysia dan Berita Harian terdapat anak Selangor yang mendapat peluang pekerjaan dan perniagaan dan mereka tidak pernah di didiskriminasikan.
“Kita percaya tindakan yang sangat tidak wajar ini akan menyebabkan lebih cepat rakyat menolak pimpinan kerajaan Selangor yang kini kuat dikuasai DAP. Mohamed Azmin juga terlupa bahawa Utusan Malaysia dan Berita Harian telah memainkan peranan yang besar sebelum ini dalam sejarah politik dan pembangunan negeri Selangor,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor