Setelah menjadi sekutu politik, segala dendam dan kesalahan lampau Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad terus dilupakan pimpinan Pakatan Harapan.
Itulah yang dapat disimpulkan hasil daripada ulasan Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad berhubung desakan menuntut Dr Mahathir meminta maaf kerana melakukan operasi lalang ketika beliau berkuasa menjadi Perdana Menteri.
“Saya dihubungi oleh wartawan mengenai keperluan Dr Mahathir untuk minta maaf peristiwa berkenaan operasi lalang lalu.
“Beliau tak perlu minta maaf,” tegasnya di Shah Alam, Selasa.
Pada 1987, Dr Mahathir yang memegang jawatan Menteri Dalam Negeri dilaporkan mengarah pihak polis untuk menahan 106 rakyat Malaysia, termasuklah pemimpin-pemimpin pembangkang dan kerajaan yang menentang ditahan di bawah Akta ISA.
Antara pemimpin politik yang pernah ditahan dalam Ops berkenaan adalah Presiden PAN, Mohamad Sabu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, bekas Timbalan Presiden MCA, Tan Sri Lee Kim Sai, EXCO Pemuda UMNO, Mohamed Fahmi Ibrahim dan Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor