Pages

Wednesday, October 18, 2017

[KUANTAN] PELANCARAN PSYCHOLOGICAL SUPPORT TEAM (PST) 2017 DI PAHANG





Setiausaha Kerajaan Pahang Dato’ Sri Safian Ismail melancarkan Psychological Support Team (PST) Peringkat Negeri Pahang PST yang ditubuhkan untuk memperkasa perkhidmatan kaunseling dan psikologi ketika krisis dan bencana  yang berlaku di Negeri Pahang.

PST  merupakan  platform  kolaborasi  strategik dan  kerjasama  di antara kementerian dan agensi kerajaan, untuk melatih dan meningkatkan keupayaan petugas dan sukarelawan kaunselor dalam mengendalikan isu dan permasalahan dalam komuniti.

“Penubuhan  PST akan  merakyatkan  penyampaian  dan  memperkasakan  perkhidmatan kaunseling melalui penglibatan inter-agensi dan sukarelawan kaunselor di kalangan anggota masyarakat dengan pelbagai aktiviti serta pendampingan sosial      ketika  menghadapi     krisis atau bencana. "

“Jabatan secara  NBOS  akan  memastikan setiap  lapisan  golongan sasaran tidak terpinggir serta mempertingkatkan keselesaan sentiasa terjaga. lni    adalah    sejajar     dengan    konsep   "Membudayakan Kaunseling" yang diterapkan sempena Sambutan Bulan Kaunseling yangdisambut   pada   bulan   Oktober   setiap   tahun."

"Semangat kesukarelaan ini juga perlu diperluaskan dalam perspektif komuniti yang lebih makro lagi terutama dalam membantu golongan yang memerlukan termasuk kanak-kanak,  OKU, warga emas, mangsa bencana dan lain­ lain lagi.” kata Dato’ Sri Safian.

             

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor