Penantian dua warga Chenor di sini untuk memiliki kediaman sendiri berakhir dengan Penyerahan Kunci Rumah PPRT oleh Adun Chenor, Dato' Mohamed Arifin Awang Ismail, baru-baru ini.
Mereka ialah, Maznah Kilau, 77, dan Abd Rauf Mohamad, 49.
Maznah yang tidak bekerja dan bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerajaan sebelum ini tinggal menumpang di rumah adik-beradiknya sekitar Chenor manakala Abd Rauf hany bekerja kampung dan tiasa pendapatan tetap.
Menurut, Mohamed Arifin kedua-dua penerima berasal daripada Kampung Temak Awah Bukit Segumpal Chenor.
"Bantuan PPRT (Projek Perumahan Rakyat Termiskin) yang dilaksanakan oleh Giat Mara bagi tahun 2017 adalah sebanyak 48 buah dengan lapan dairpasanya adalah projek bina baru manakala 40 buah rumah lagi adalah di bawah program baik pulih.
"Salah seorang peserta iaitu Maznah merupakan warga emas yang menjaga cucu Orang Kelainan Upaya (OKU). Hal ini membuktikan bahawa kerajaan tidak akan berhenti untuk memberi bantuan perumahan kepada rakyat yang memerlukan," katanya ketika oenyampaiam kunci rumah tersebut di Chenor, baru-baru ini.
Beliau berkata, pemilihan peserta bantuan dibuat melalui pendaftaran E-kasih.
Justeru, beliau menyarankan rakyat yang tergolong dalam kalangan keluarga miskin supaya segera mendaftar E-kasih agar tidak tercicir daripasa menerima bantuan.
Maznah ketika ditemui pemberita meluahkan rasa gembira dan terharu setelah dipilih menerima bantuan rumah tersebut kerana sebelum ini, beliau tidak menyangka kesukaran dan kedaifan hidupnya yang menumpang kediaman saudara mendapat perhatian wakil rakyat.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor