Himpunan Anti Kleptokasi Selamatkan Malaysia anjuran pembangkang menjadi bahan jenaka kerana ia lebih berbentuk karnival dan bukan himpunan jalanan seperti yang dianjurkan oleh mereka sebelum ini.
Ini membuktikan budaya himpunan jalanan ini sudah tidak terima oleh masyarakat kerana tindakan itu menyebabkan hampir keseluruhan rakyat berada dalam kesukaran bagi melakukan aktiviti harian.
Walaupun Pengarah Perhimpunan Howard Lee mendakwa acara itu akan memberikan suasana lebih positif terhadap himpunan, sebaliknya ia mengambarkan beliau bimbang tiada sambutan dari orang ramai lalu bertindak menukar pendekatan.
Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, ini membuktikan pengaruh dari Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad yang menolak himpunan jalanan.
“Secara tidak langsung himpunan yang dirancang bertukar kepada karnival yang dipenuhi pelbagai aktiviti pameran, pertandingan melukis dan pelbagai lagi.
“Lebih baik acara ini digabungkan dengan sambutan Hari Sukan Negara pada 14 Oktober ini yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan disambut di seluruh negara, “ katanya dengan nada sinis.
Beliau yang turut dikenali sebagai Che'gu Bard menjelaskan, beliau tidak menolak kemungkinan disebabkan oleh Tun Mahathir ramai pembangkang sendiri enggan untuk menyertai perhimpunan yang dirancangkan itu.
Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) Wilayah Persekutuan, Nik Abdul Razak Nik Mohamad mengakui bahawa himpunan itu hambar dan tidak mendapat sambutan dalam satu portal pembangkang.
Menurutnya, ketika mengagihkan risalah berhubung himpuan anti kleptokasi di ibu negara hanya lima orang yang hadir dalam kempen itu, terdiri dari Pemuda PAN sendiri.
“Persoalan bagaimana mahu mengumpul 30,000 ke 50,000 peserta untuk menyertainya sekiranya kalangan pembangkang sendiri pun gagal untuk hadir dalam kempen yang diadakan,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor