Kuala Lumpur: Malaysia menghantar pegawai Jabatan Penerbangan Awam (DCA) ke Madagascar untuk membantu mengenal pasti satu serpihan yang mungkin berasal daripada pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata prosedur operasi standard (SOP) dalam mengendalikan serpihan berkaitan pesawat yang hilang itu ialah sama ada Malaysia menghantar pegawainya ke sana atau serpihan berkenaan dihantar ke sini untuk dikenal pasti.
"Serpihan itu tidak dihantar ke sini, tapi kita menghantar pegawai ke sana," katanya kepada pemberita apabila ditanya tentang perkara itu selepas merasmikan sambutan Hari Maritim Sedunia 2017 di sini semalam.
Berikutan dakwaan bahawa konsul kehormat Malaysia di Madagascar Zahid Houseinaly Reza, yang membantu proses pengambilan serpihan yang terdampar di pulau itu dibunuh bulan lepas, maka pegawai berkenaan dihantar ke sana, Liow menggesa orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan sebaliknya menyerahkannya kepada polis.
Penerbangan MH370 bersama 239 penumpang dan anak kapal hilang pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Beijing ke Kuala Lumpur. Kejadian ini dianggap misteri terbesar dalam sejarah penerbangan dunia.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor