Putrajaya – Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memutuskan untuk mengambil tindakan terhadap Lim Guan Eng berikutan kenyataan fitnah Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
Ia berkenaan kes penahanan seorang Exco kerajaan negeri DAP tersebut, Phee Boon Poh sebelum ini atas isu sebuah kilang haram di Bukit Mertajam.
Suruhanjaya itu dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan, keputusan itu dibuat secara sebulat suara oleh pengurusan tertingginya setelah Guan Eng enggan memohon maaf.
Ia ekoran kenyataan fitnah pemimpin DAP itu bahawa penahanan Boon Poh sebagai `penahanan haram oleh SPRM’ walaupun telah diberi satu tempoh masa untuk berbuat demikian.
Berikutan itu, SPRM akan mengemukakan keputusan yang telah dibuat kepada Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk tindakan selanjutnya mengikut peruntukan undang-undang.
“Ingin juga ditegaskan, SPRM menghormati hak serta kebebasan mana-mana pihak untuk mengkritik tetapi tidak akan sama sekali bertolak ansur jika mereka didapati mengeluarkan kenyataan fitnah.
“Ia khususnya berhubung siasatan yang sedang dijalankan dengan tujuan mencemarkan serta menjejaskan imej dan reputasi SPRM. SPRM tidak mempunyai kepentingan dalam mana-mana siasatan.
“Justeru SPRM akan menyiasat setiap kes tanpa mengambil kira jawatan, ideologi politik dan kedudukan individu yang disiasat itu,” kata suruhanjaya itu.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor