Pages

Monday, September 25, 2017

[BENTONG] PELANCONG KOREA SELATAN HILANG KETIKA BERCUTI


Pelancong Korea Selatan hilang ketika bercuti


Seorang warga Korea Selatan dilaporkan hilang ketika bercuti bersama keluarganya di Bukit Tinggi, Bentong petang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, Kim Chae Won, 71, kali terakhir dilihat sedang minum di Japanese Tea House pada pukul 3.30 petang.

Menurutnya, pihak keluarga mangsa telah maklumkan pada pihak sekuriti Berjaya Hills dan pihak mereka membuat pencarian di sekitar kawasan sehingga jam enam petang dan tidak menemui mangsa.

"Mangsa disedari hilang oleh keluarganya ketika mereka ingin mengajaknya pulang ke penginapan mereka.

"Seramai 15 anggota dan tiga pegawai serta dua anggota Unit K 9 Pulapol Kuala Lumpur terlibat dalam operasi ini. Operasi ini turut dibantu oleh sembilan anggota bomba, empat anggota Unit K 9 Bomba dan juga enam anggota bomba sukarela Perting," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi di sini.

Mansor berkata, misi menyelamat Ops SAR telah pun dimulakan pada jam 9 pagi, di mana pencarian di teruskan dan dipecahkan pada 3 zon pencarian di sekitar kawasan Japanese Tea House.

Menurutnya, pencarian diteruskan sehingga tujuh kilometer daripada kawasan Japanese Tea House namun tidak menjumpai mangsa.

"Walaupun telah menggunakan khidmat K9 kita masih tidak menjumpai sebarang jejak mangsa setakat ini dan operasi telah ditamatkan jam enam petang," katanya.

Mansor berkata, pencarian diteruskan pukul 8 pagi semalam dengan kawasan pencarian turut diperluaskan.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor