
Georgetown: Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui terpaksa berbaik dengan bekas musuh politiknya, Lim Kit Siang, demi mencapai cita-cita menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata, beliau turut menyedari sokongan rakyat terhadapnya menurun selepas mengumumkan kerjasama bersama Kit Siang, namun ia tetap terpaksa dilakukan.
"Matlamat saya berbaik dengan musuh tradisi saya hanyalah untuk menjatuhkan kerajaan dipimpin Najib Razak.
"Hanya kerana ini, saya dan beberapa pemimpin parti pembangkang lain boleh bersatu dan bekerjasama," katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran PPBM di sini, malam tadi.
Yang turut hadir, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin; Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor