
Gambar seekor anak kambing yang dilahirkan dengan muka yang pelik telah menjadi tular. Anak kambing itu dikatakan mempunyai wajah seperti manusia dan ia dilahirkan di wilayah San Luis, Argentina.
Menurut tuan punya kambing itu, Gladys Oveido, dia sangat terkejut tatkala melihat muka pelik itu merenungnya.

Anak kambing itu mendapat perhatian selepas menantu Oveido memuatnaik gambar di media sosial.
Kes itu juga mendapat perhatian polis yang telah menghantar anggotanya ke ladang milik Oveido.
Punca haiwan itu dilahirkan sedemikian rupa masih dalam siasatan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor