“Pelancongan Eko sangat sesuai untuk diketengahkan dalam
industry pelancongan di Pahang memandangan negeri ini mempunyai banyak sumber semulajadi
dan industry pertanian yang telah berjaya”.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian
dan Industri Asas Tani Negeri, Dato' Haji Shafik Fauzan Bin Haji Sharif berkata
pusat pengembangan akuakultur seperti pembenihan ikan di Bukit Tinggi dan
Perloh boleh dibuka untuk pelancong-pelancong ke Pahang.
“Pahang juga mempunyai ladang nenas seluas lebih 1500 ekar
di Muadzam yang mengeluarkan hasil berkuali untuk di eksport ke Jepun. Ladang
strawberry, sayur organik dan banyak
ladang buah-buahan tempatan yang sangat sesuai untuk dijadikan pusat
pelancongan. Kata beliau lagi.
Dato' Haji Shafik Fauzan mewakili Pengerusi Jawatankuasa
Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Dato' Sri Haji Mohd. Sharkar Bin Haji
Shamsudin merasmikan pemeran pelancongan MATTA Fair di Kuantan dari 19hb hingga
21 mei ini.
Matta FAIR@ merupakan pameran dan eksposisi pelancongan
paling utama di Malaysia yang menawarkan pelbagai pakej pelancongan dalam dan
luar negara selain memberi pendedahan serta peluang dalam sektor pelancongan
kepada setiap penggiat industri pelancongan.
MATTA FAIR@ Pahang menyediakan56 tapak pameran yang
menawarkan pelbagai pakej pelancongan domestic dan antarabangsa sekaligus
mempromosi kempen Tahun Melawat Pahang 2017.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor