Masih ingatkan lagi anda dengan fenomena 'gadis Shell' yang memeranjatkan ramai orang satu ketika dahulu?
Dahulu, Shell muncul dengan idea kreatif menggunakan gambar yang dilekatkan di belakang pam minyak menyebabkan ramai orang terperanjat.
Kemudiannya, kelibat gadis tersebut hilang dan digantikan pula dengan tanda 'Maaf jika terkejut'.
Kini kembali dengan cara pemasaran yang sama, 'gadis Shell' tersebut nyata lebih berani apabila menunjukkan lebih banyak tubuh badannya berbanding sebelumnya.
Bagaimanapun, kemunculan semula beliau disambut baik oleh netizen yang rata-ratanya mengatakan rindu untuk 'dikejutkan' olehnya.
Seorang pengguna Facebook Youyoon Armani berkongsi kisah beliau mengenai 'gadis Shell' ini.
"Tadi sis isi minyak, ada 'gadis Shell' baru lalu berkata di dalam hati ' oh..guna marketing method sama'.
"Kemudian, rakan pula telefon kata 'perempuan' tu dah ada balik, sebelum ni dah tiada," tulisnya.
Gambar gadis tersebut kini juga semakin tular di laman Facebook.
Sementara itu, pengguna Facebook, Wan Dean Hj Ismail pula turut mendakwa terkejut dengan kemunculan iklan 'gadis Shell' ini.
"Dia kembali lagi, sebelum ini iklan pasal nak bagi air, lepas itu jadi 'hollow girl' sekejap dan sekarang muncul di tengah-tengah mesin untuk iklan lain pula.
"Siap puji kita lagi tau, terkejut abang tadi. Hehehe," tulisnya pula.
Bagi Fazeli Ftc pula, dia memuji kaedah promosi yang digunakan Shell.
"Terperanjat saya pagi ini, 'gadis Shell' kembali. Sebelum ini gambar lain tetapi sekarang sudah satu badan.
"Apa pun terbaik Shell sebab menggunakan kaedah promosi yang jimat dan menguntungkan, tular dari mulut ke mulut, satu kaedah sistematik pemasaran yang menjimatkan kos," tulisnya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor