Pages

Thursday, April 20, 2017

YB DIINGATKAN TERUS BANTU RAKYAT


YB diingat terus bantu rakyat


Teluk Intan - Semua wakil rakyat di negeri ini diingatkan supaya terus melaksanakan tanggungjawab membantu rakyat di kawasan masing-masing setiap masa.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, apabila dipilih menjadi wakil rakyat, individu berkenaan tidak boleh memasang impian untuk menjadi kaya kerana ia adalah sesuatu yang salah.

“Kalau jadi wakil rakyat untuk pasang impian hidup senang lebih baik lupakan kerana apabila dipilih menjadi wakil rakyat, perkara pertama perlu dilakukan adalah membantu rakyat.

“Jangan pernah lupa bahawa sebagai wakil rakyat, kita perlu memberi komitmen penuh mencurah bakti membantu mereka memerlukannya,” katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan masyarakat India di Ladang Nova Scotia sempena Permukiman Menteri Besar di Hilir Perak, kelmarin.

Hadir sama, Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi merangkap Ahli Parlimen Teluk Intan, Datuk Seri Dr Mah Siew Keong dan Adun Changkat Jong, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin.

Zambry turut mengingatkan penduduk Teluk Intan supaya tidak melakukan kesilapan seperti penduduk Lumut apabila tidak memilih semula Tan Sri Kong Cho Ha yang menjadi menteri pada PRU lalu.

“Dulu saya ingatkan orang Lumut bahawa Cho Ha ketika itu adalah seorang menteri dan banyak yang boleh dia bantu, tetapi mereka tidak mahu dengar, kononnya mahu tukar kerajaan jadi pilih orang lain.

“Akhirnya sekarang, bila mereka datang jumpa dia (Cho Ha) minta tolong, dia kata tidak boleh tolong lagi sebab bukan wakil rakyat, jadi yang rugi sekarang rakyat,” katanya.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor