PERSONALITI Singapura, Najip Ali perlu memohon maaf kepada rakyat Malaysia berikutan kenyataannya yang menghina dan mempersendakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sebuah rancangan hiburan di Singapura.
Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Rozaidi Jamil atau Zed Zaidi berkata persatuan itu memberikan tempoh sehingga Jumaat ini, dan akan membuat laporan polis jika Najip gagal berbuat demikian.
"(Jika Najip enggan memohon maaf) Kami juga cadangkan supaya Najip disekat daripada membuat penampilan dalam rancangan televisyen Malaysia," katanya selepas menghadiri Program Kajian Insan 'Khazanah Seni Negara' yang dirasmikan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, di sini hari ini.
Najip Ali ketika ini menjadi juri tetap sebuah program lawak di saluran Astro.
Baru-baru ini, stesen penyiaran Mediacorp 5 milik Temasek Holdings menerusi program 'OK Chope!' dalam episod ke-26 program itu dilihat telah mempersendakan dan menghina perdana menteri.
Dalam rancangan itu, peserta diminta melengkapkan ayat: "Najib slams ... for threatening Malaysia's progress". Para peserta program itu termasuk Najip, memberikan pelbagai jawapan yang dilihat menghina dan mempersendakan perdana menteri.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor