Kuala Kubu Bharu – Seorang peluncur layar yang dilaporkan hilang di Bukit Batu Pahat di sini, sejak semalam ditemui selamat petang tadi.
Mangsa, Mohamad Rosely Azli, 53 ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) ketika tinjauan udara kira-kira jam 3.30 petang.
Difahamkan, mangsa melambai-lambai tangannya meminta bantuan dan membentangkan payung luncurnya sebelum ditemui anggota SAR yang menggunakan helikopter unit Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Dalam kejadian 2.50 petang semalam, mangsa gagal dihubungi selepas melakukan terjunan dari Bukit Batu Pahat ke Taman Millenium di Kuala Kubu Bharu.
Mangsa sepatutnya mendarat di Taman Millenium selepas terjun dari ketinggian 426.72 meter namun gagal berbuat demikian.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor