Mayat seorang warga Myanmar yang dilapor tergelincir ke dalam kolam takungan di kebun getah Taman Damai Mengkuang, Bera semalam dijumpai tertiarap di dasar kolam itu hari ini.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Triang, Mohd Arshad Abdullah mberkata, mayat mangsa Haw Li San, 27, ditemui tengah hari tadi selepas operasi mencari dan menyelamat disambung semula.
Mangsa dipercayai tergelincir ke dalam kolam sedalam kira-kira 9.1 meter itu pada jam 6.20 petang semalam semasa dia dikatakan hendak mandi.
"Saksi kejadian mengatakan mangsa dilihat seolah-olah berada dalam keadaan mabuk, namun dia tetap mahu mandi.
"Operasi mencari dan menyelamat yang bermula sejak petang semalam juga terpaksa ditangguhkan ke hari ini kerana hujan lebat semalam," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.
Mohd Arshad menambah operasi disertai 11 anggota bomba dari Balai Bomba Triang, anggota polis (7), Angkatan Pertahanan Awam (6) dan orang awam (5).
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor